Monday, 26 September 2011

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2011

Assalammualaikum




BAJU RASMI PSSGM


Assalamualaikum

oke. silat sentiasa mengamalkan dan mengekalkan tradisi turun temurun. Jadi pakaiannya juga sentiasa melambangkan identiti bangsa Melayu. Disini kami tunjukkan  contoh baju silat bagi lelaki dan perempuan. 



Nampakkan perbezaan di antara pakaian lelaki dan perempuan.Bagi perempuan perlulah memakai tudung.

MAKSUD DISEBALIK PERKATAAN GAYONG


Assalamualaikum

Pasti ramai dikalangan masyarakat yang tertanya-tanya di lubuk hati masing-masing, apakah Seni Silat Gayong?Mengapakah Gayong? Ha, Gayong? Nak mandi gune Gayong ke? Di sini kami terangkan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan Gayong dalam konteks PSSGM ini.
Gayong Jawi

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.


Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.


Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri


Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.


Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.


Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asa yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuase di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.

TINTA PUJANGGA - CARTA ORGANISASI

 Assalamualaikum
Arena persilatan kini semakin hari semakin mendapat perhatian di mata warga SMK Abdul Jalil. Namun di sebalik kejayaan dan juga persembahan yang sering mendapat pujian tersebut, terdapat beberapa batang tubuh yang menjadi tulang belakang persatuan ini. Mereka adalah antara anggota dan ahli yang membantu dalam pengurusan dan pergerakan PSSGM SMKAJ ini :
    


 PENGERUSI
Pn.Hjh Fauziah Binti Mohamed Ramli
NAIB PENGERUSI 
 Pn. Norwati Binti Mohamad
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Pn Suraya binti Che Othman
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
 Pn Jahibah Binti Abdul Jais


 KETUA GURU PENASIHAT
    Pn.Noor Azila binti Arshad

GURU PENASIHAT
Cik Nur 'Atikah binti Ahmad ( sesi pagi )
Pn.Lismar binti Abdul Rahman ( sesi pagi )
Pn.Noriati binti Abdul Rahman ( sesi petang )

PENGERUSI
Azmy bin Md Salleh 
NAIB PENGERUSI
Atikah Dayana binti Roslan 
SETIAUSAHA
Atiqah binti Abdul Aziz 
PENOLONG SETIAUSAHA 
Nurul Shuhadah binti Jasri 
BENDAHARI
Hanini binti Mohd Thani
JURU AUDIT 
Ain Salsabila

AHLI JAWATANKUASA
Nur Muhammad bin Bisarasirhan
Nur Diyana Syasya binti Zahir Shamil
Muhamad Nazren bin Zuraidi
Siti Aidiana binti Mohamad Nizam
Syairah Syafiqah binti Mohamad

LIRIK DAN LAGU RASMI PSSGM



Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta
Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
ilham menyusul zahir semula
Niatnya bersih, baunya suci
Berseni kepada Putera dan Puteri
Agama yang Mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa adat dan negeri

chorus

Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat Sejahtera hajat dituju
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju